Polis Daerah Johor Bahru Selatan mengesahkan tiada unsur penderaan dilakukan oleh majikan ke atas seorang wanita warga Indonesia seperti yang dikatakan dalam video yang tular baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Raub Selamat berkata, Ketua Polis Balai Taman Pelangi Indah, telah berjumpa dengan wakil kedutaan warganegara Indonesia untuk menyiasat majikan dan pekerja warga Indonesia itu.
“Hasil siasatan mendapati tiada penderaan berlaku, wanita tersebut hanya memuat naik video berkenaan untuk tujuan pulang ke negara asalnya.
“Wanita tersebut kemudiannya telah diserahkan kepada pihak kedutaan untuk tindakan lanjut,” katanya menerusi kenyataan.
Terdahulu, tular sebuah video yang memaparkan seorang warga Indonesia mendakwa dirinya telah didera oleh majikannya semasa dia bekerja sebagai tukang bersih dan pembantu sebuah rumah penjagaan di Johor Bahru.
Raub turut menasihati orang ramai untuk sentiasa mengesahkan kesahihan kandungan video yang diterima terlebih dahulu sebelum menyebarkannya kepada orang ramai.
Baca juga: