Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia meluahkan hasrat untuk menjalin hubungan diplomatik dengan Sri Lanka bagi memperkukuhkan pertukaran teknologi dalam industri kelapa.
Perkara itu dinyatakan oleh Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu yang berpendapat hubungan baik antara dua negara itu dapat membantu meningkatkan produktiviti hasil tanaman tempatan.
“Saya memaklumkan mengenai hasrat Malaysia untuk menubuhkan lembaga khusus untuk pembangunan industri kelapa, nanas dan durian bersama negara berkenaan.
“Ini juga termasuk dalam kerjasama antara Kementerian Malaysia melalui Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan Coconut Research Institute, Sri Lanka dalam bidang tisu kultur,” katanya.
Mohamad yang turut mengadakan pertemuan rasmi dengan Menteri Pertanian dan Industri Perladangan Sri Lanka, Mahindra Amaraweera dan Menteri Keselamatan Awam Sri Lanka, Tiran Alles, ketika sesi makan malam Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Sri Lanka.
Dalam pada itu, Mohamad turut menjemput kedua-dua menteri berkenaan untuk hadir ke Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) dan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) yang akan dianjurkan tahun ini.
Baca juga: