DBKL roboh binaan kedai makan tanpa kelulusan

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta kerjasama daripada pelbagai Jabatan Penguatkuasaan telah melaksanakan Tindakan Khas Meroboh Struktur Tanpa Perintah Pembangunan pada Jumaat di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

Kerjasama daripada Jabatan Penguatkuasaan, Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Elektrikal dan Pejabat Cawangan Seputeh serta pasukan agensi sahabat terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pengurusan Air Sdn. Bhd. (Air Selangor) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) menguatkan lagi tindakan khas yan dilaksanakan.

Sehubungan itu, tindakan penguatkuasaan meroboh struktur kedai makan dijalankan setelah pemilik membuat pengosongan peralatan dan barangan di kedai makanan tersebut.

Selain itu, struktur kedai makan itu dibina di atas rezab awam tanpa kebenaran dari pihak DBKL dan telah diberikan notis pada 19 Mei 2023.

Kesalahan tersebut telah diambil tindakan dibawah Seksyen 26, Akta Perancangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1982 dengan kerjasama pihak Air Selangor, TNB serta kawalan keselamatan dari pihak PDRM dan Penguatkuasa DBKL.

Operasi bersepadu tersebut berjalan dengan lancar dan akan diteruskan dari masa ke semasa.

Baca juga: