Awang Hashim jadi MP pertama diarah keluar dewan

Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim menjadi wakil rakyat pembangkang pertama yang diarah keluar dewan di sidang Parlimen pada Selasa.

Perkara berlaku sehari selepas titah baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang meminta agar semua Ahli Parlimen dan Dewan Negara agar menjaga abad dan tertib ketika berbahas. 

Arahan keluar dewan selama empat hari bermula pada Selasa dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul selepas Awang didapati gagal mematuhi Peraturan Mesyuarat.

Baca juga: