Seorang wanita berusia 42 tahun bersama anaknya meninggal dunia ekoran dilanggar oleh sebuah kenderaan ketika sedang melintas jalan pada Selasa.

Kejadian ngeri itu dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan mangsa, Laticha Bracero dan anaknya Alyssa Cordova, 21, sedang dalam perjalanan pulang dari menyaksikan konsert bintang terkenal, Drake di St. Louis, Missouri, Amerika Syarikat.

Berdasarkan video yang tular di X, seorang pemandu lelaki yang dikenali sebagai Monte Henderson, 22, memecut laju dan melanggar lampu merah

Sebuah rakaman menunjukkan kemalangan ngeri yang membunuh ibu dan anak perempuan pada Selasa lalu di St. Louis, Amerika Syarikat.

Kereta yang dipandu suspek jelas dilihat dipandu laju dan merempuh kedua-dua mangsa yang sedang melintas di persimpangan di Jalan North 18th dan Olive.

Jelas kelihatan juga apabila kedua-dua mangsa terpelanting beberapa meter dari tempat kejadian.

Difahamkan, Henderson baru bebas daripada penjara pada 16 Februari lalu dengan jaminan bon sebanyak 10 peratus daripada AS$200,000 (RM954,100).

Susulan kejadian itu, Henderson didakwa dengan dua pertuduhan membunuh tanpa sengaja dan dua pertuduhan tindakan jenayah bersenjata.

Peguam Henderson berkongsi kenyataan berikutan pertuduhan bahawa kemalangan ini adalah kemalangan yang tragis, namun Henderson adalah pemuda yang cemerlang.

Menurut dokumen mahkamah, data yang diperoleh daripada kereta yang dipandu oleh Henderson menunjukkan bahawa kereta itu bergerak pada kelajuan melebihi 112 kilometer per jam sebelum melanggar isyarat lalu lintas merah.

Baca juga:

https://malaysiabangkit.com/2024/02/27/biden-mohon-gencatan-senjata-di-gaza-sebelum-ramadan/