Kemalangan babit 5 kenderaan, 9 cedera di Perak

Seramai sembilan mangsa cedera dalam kemalangan jalan raya membabitkan lima buah kenderaan di Lebuhraya Utara Selatan (Plus), arah Selatan, Perak.

Menurut Komander Operasi, PBK II TBK Mohamed Rozimi Mohamad Ali, kemalangan membabitkan lima kenderaan itu menyebabkan kesemua mangsa tercedera.

“Setibanya kami di lokasi kejadian, lima kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu adalah dua buah kereta Perodua Myvi, sebuah kereta Perodua Viva dan sebuah kereta MPV Hyundai.

“Manakala, sebuah lagi kenderaan telah beredar dari lokasi kejadian sebelum pihak Bomba tiba berikutan kenderaan tersebut melibatkan pelanggaran yang sedikit sahaja,” katanya.

Seramai 12 anggota bomba dari balai Balai Bomba Penyelamat (BBP) Gopeng dan BBP Simpang Pulai digerakkan ke lokasi kejadian bersama jentera FRT dan LFRT serta kenderaan Unit EMRS sebaik menerima panggilan.

Tambah Rozimi, enam Mangsa telah dirawat oleh anggota pasukan Unit EMRS Bomba dan dihantar ke hospital serta seorang mangsa dirawat oleh petugas perubatan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Manakala, dua lagi mangsa yang berada di kenderaan masing-masing hanya mengalami kecederaan ringan sahaja.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat