Negeri

Lelaki 24 tahun simpan 19,011 video, gambar lucah kanak-kanak

Menyimpan 19,011 video dan gambar lucah kanak-kanak dalam pendrive miliknya mengakibatkan Seorang pembantu kedai ubat tradisional dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan denda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret, Teluk Intan, Perak pada Khamis.

Keputusan tersebut dibuat Majistret T Ashvinii selepas Liew Ming Hui, 24, mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa memiliki bahan pornografi kanak-kanak iaitu satu pemacu pena (pendrive) yang mengandungi video dan gambar kanak-kanak dalam kejadian di rumah bernombor 19 Atas, Lorong 1, Jalan Besar, Rancangan Perumahan Awam (RPA) 2 Langkap, pukul 4.20 petang, 29 Mei lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, pada 29 Mei lalu, polis merampas barang kes iaitu seunit komputer riba jenama Acer, seunit alat suai (adapter) komputer riba jenama Liteon dan seunit pendrive jenama Kingston Datatraveler 100 G3-64GB.

Hasil pemeriksaan dan siasatan mendapati, terdapat 19,011 dokumen membabitkan video dan gambar pornografi kanak-kanak di dalam pendrive milik tertuduh.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Izzudin Fakri Hamdan, manakala tertuduh diwakili peguam Jude Pereira.

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close