Raja Norway, Raja Harald V dimasukkan ke hospital Malaysia

Raja Norway, Raja Harald V difahamkan telah dimasukkan ke hospital di Malaysia pada Isnin akibat mengalami jangkitan.

Perkara tersebut dinyatakan dalam satu kenyataan pada Isnin, mengatakan raja berusia 87 tahun itu sedang dalam lawatan peribadi ke negara Asia Tenggara.

“Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja telah jatuh sakit ketika percutiannya di Malaysia dan dimasukkan ke hospital di sana kerana mengalami jangkitan. 

“Raja mendapat penjagaan yang baik daripada kakitangan perubatan Malaysia dan Norway,” katanya.

Untuk info, Raja Harald V telah mentadbir negara Norway sejak 1991 dan merupakan raja tertua yang masih hidup di Eropah. 

Baginda juga berulang kali dimasukkan ke hospital dalam beberapa tahun kebelakangan ini selain telah menjalani pembedahan jantung.

Putera Mahkota Haakon merupakan Pemangku Raja ketika ketiadaan Raja Harald V.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat