67 saman, 6 motosikal disita dalam Op Motosikal di Kedah

Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Kubang Pasu mengeluarkan 67 saman atas pelbagai kesalahan trafik melalui Op Motosikal yang dijalankan di Pekan Changlun, Kedah pada pukul 2 pagi, Jumaat.

Operasi diketuai oleh Bahagian Siasatan & Penguatkuasan Trafik IPD Kubang Pasu, Inspektor Wan Mazuan Wan Mahmud berkata, tindakan dibuat berdasarkan siasatan dan maklumat aduan orang awam.

“Selain saman, polis turut menyita enam buah motosikal melalui operasi berkenaan yang tamat pada pukul 5 pagi,” katanya dalam satu kenyataan.

Pihak PDRM Kubang Pasu juga menegaskan untuk tidak berkompromi dengan pihak yang melakukan kesalahan jika tidak mematuhi undang-undang di jalan raya.

Baca juga: