Seorang lelaki ditahan polis atas kesalahan mengintip dan mencabul remaja bawah umur.
Suspek ditahan Pegawai Siasatan Metropolitan Thailand di kondominium Bang Sue, Bangkok, Thailand.
Menurut laporan The Pattaya News, suspek yang hanya dikenali sebagai Wisanu, 40, mempunyai satu tabiat gemar mengintip remaja bawah umur yang memakai baju sekolah.
Difahamkan suspek memiliki tabiat mengintip remaja bawah umur yang memakai baju sekolah dan sering memilih pelajar yang pulang sendirian untuk melakukan serangan seksual.
Sebelum ini, Wisanu pernah melakukan serangan seksual terhadap empat remaja masih bawah umur tetapi tidak ditangkap kerana mangsa tidak membuat aduan kerana diperas ugut oleh suspek.
Pada 7 September 2018, Wisanu pernah dipenjara kerana tuduhan serangan seksual terhadap dua orang remaja bawah umur menurut laporan polis Thailand dan sejurus selepas dibebaskan, dia bagaimanapun mengulangi kesalahan sama dan memegang rekod paling lama dalam serangan seksual di Thailand.
Baca juga: