Mayat lelaki terdampar tepi pantai ditemui

Beberapa orang awam dipercayai menemui mayat seorang lelaki yang terdampar pada celahan batu di Pantai Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak pada pukul 2.29 petang hari Khamis.

Menjawab mengenai penemuan itu, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) bertindak selepas menerima panggilan kecemasan yang dibuat orang awam berhubung kejadian itu.

Ketua JBPM Zon 5 Bintulu, Wan Kamarudin Wan Ahmad berkata, pihaknya mendapati mayat tersebut ditemui terdampar di celahan baru pantai berkenaan ketika tiba di lokasi kejadian.

“Pasukan bomba menggunakan bot penyelamat untuk mengambil mangsa dan membawanya ke darat,” katanya dalam kenyataan.

Wan Kamarudin turut menyatakan mayat mangsa diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan pengesahan dan siasatan lanjut.

Baca juga: