Warga emas maut dibaham buaya ketika cari lokan

Seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak Ahad selepas keluar mencari lokan bersama dua ahli keluarganya di Sungai Kalabakan Tawau, ditemukan maut akibat dibaham buaya.

Ketua Balai Bomba Tawau Jemishin Ujin, berkata mayat Asmadi Harun, 57, ditemukan oleh penduduk Kampung Sungai Ulu Kalabakan pada pukul 4.30 pagi.

“Mayat itu ditemukan kira-kira 500m dari lokasi dan mangsa dilaporkan hilang pada Ahad.

“Pada awal pagi Isnin, penduduk kampung melakukan pencarian mangsa di sepanjang Sungai Ulu Kalabakan dengan menggunakan tiga bot orang kampung,” katanya dalam satu kenyataan.

Untuk info, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa ke Unit Forensik Hospital Tawau dengan operasi mencari ditamatkan pada pukul 10.45 pagi.

Baca juga: