13 PATI dijatuhkan hukuman penjara

Seramai 13 pendatang Tanpa Izin (PATI) terdiri daripada tujuh lelaki dan enam wanita dijatuhkan hukuman penjara atas kesalahan tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah dan tinggal melebihi tempoh masa yang ditetapkan serta kesalahan berulang masuk ke Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah pada Selasa.

Difahamkan, hukuman pesalah yang dijatuhkan Majistret Kasyfarrahman Abang Ahmad di Mahkamah Majistret Labuan.

Kesemua mereka berusia antara 19 hingga 41 tahun didakwa di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal membayar denda yang dikenakan sebanyak RM10,000 dan diperintahkan menjalani hukuman penjara dari tarikh mereka ditangkap.

Selain itu, empat pesalah menerima satu sebatan, manakala, dua lagi pesalah lain menerima dua sebatan.

Pesalah yang ditahan hasil tangkapan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Wilayah Persekutuan Labuan di kawasan ‘hotspot’ iaitu sekitar Pantai Tanjung Batu, Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan dan di Pejabat Imigresen Labuan.

Baca juga: