Malaysia bakal terima pelaburan RM45.4 bilion daripada Jerman

Malaysia menerima pengiktirafan sebagai lokasi terbaik dan pilihan buat pelabur daripada barisan pemain industri dan perniagaan di Jerman dan dijangka bakal menerima pelaburan bernilai RM45.4 bilion.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan perkara demikian dalam ucapan ketika hadir pada sesi ramah mesra dan berbuka puasa bersama rakyat Malaysia di Jerman.

Anwar turut berkata, pengiktirafan ini dicapai atas asbab kestabilan politik Malaysia pada masa kini dan ia merupakan elemen yang penting untuk menarik pelabur.

Selain itu, Anwar juga menyatakan kerajaan bawah pimpinannya sedang berusaha untuk meneyelesaikan isu berbangkit antaranya dalam menangani isu berkaitan kanak-kanak yang lahir di luar Malaysia.

“Saya juga akan mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk meneliti kesukaran rakyat Malaysia di luar negara untuk mengundi pada pilihan raya umum.

“Ini merupakan iltizam saya dan Jemaah Menteri dalam memberi perkhidmatan yang baik buat rakyat secara keseluruhannya,” katanya dalam kenyataan.

Anwar yang hadir bersama delegasi mengadakan kunjungan hormat ke Jerman selama lima hari bermula Isnin untuk membentuk kerjasama baharu antara negara berkenaan dengan Malaysia.

Baca juga: