Polis minta individu tampil beri keterangan berkaitan pergaduhan di Bukit Ampang

Pihak polis sedang menjalankan siasatan berkaitan video tular yang memaparkan sekumpulan penunggang dipercayai terbabit dalam insiden pergaduhan di Bukit Ampang, Selangor.

Ketua Polis Selangor, Komisioner Polis (CP) iaitu Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya telah mendapat maklumat berkenaan rakaman video yang sudah tular sejak 12 Mac lalu.

“Setakat ini, polis belum menerima apa-apa laporan berkaitan pergaduhan terbabit dan pihak polis menasihatkan mereka yang terbabit atau mengetahui kejadian tampil membuat laporan bagi membantu siasatan.

“Dalam pada itu, pihak kami telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan penjara maksimum 5 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” jelasnya.

Terdahulu, video tular berdurasi 13 saat itu memaparkan pergaduhan antara sekumpulan penunggang motosikal dan seorang lelaki dipercayai telah dipukul beramai-ramai serta dipukul menggunakan topi keledar.

Bagaimanapun, lelaki tersebut sempat bangun dan cuba untuk melarikan diri setelah dipukul.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat