Sebanyak sembilan buah kilang musnah terbakar di Jalan Industri 5, Kampung Baru Sungai Buloh, Selangor pada pukul 5.38 petang hari Isnin.
Setiap lot bangunan yang berkeluasan 200×100 kaki dan dianggarkan lapan buah kilang terbakar 100 peratus manakala sebuah lagi kilang terbakar 50 peratus.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kebakaran itu pada 5.38 petang.
“Sebaik tiba, didapati kebakaran membabitkan lima kilang kelas B, dengan api marak menyebabkan kemusnahan 80 peratus.
“Usaha memadamkan kebakaran dijalankan sebelum api berjaya dikawal pada 7.40 malam,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ahmad Muklis berkata, tiada mangsa yang terbabit dalam kejadian itu dan punca kebakaran masih dalam siasatan.
Turut hadir di lokasi kejadian, Pegawai Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Selangor yang diketuai oleh PgKB I Nur Hadi Md Ibrahim serta beberapa pegawai yang turut serta.
Pihak bomba turut memaklumkan bahawa maklumat berkaitan kes kebakaran ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Untuk info, tujuh daripada sembilan kilang tersebut merupakan kilang perabot, sebuah kilang plastik dan sebuah lagi merupakan kilang kimia.
Baca juga: