Seorang lelaki dipercayai terjun dari jambatan yang berlaku di Jambatan Bukit Kuang, Kemaman, Terengganu pada Isnin.
Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II KUP, Mohd Azmi Mat Salleh berkata, maklumat awal yang diterima oleh pihaknya mengatakan bahawa terdapat seorang lelaki dewasa berusia 44 tahun dipercayai telah terjun dari jambatan berkenaan.
“Dalam masa sama, Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA), Balai Bomba Penyelamat (BBP) Chukai telah digerakkan ke lokasi kejadian bagi membantu menjalankan kerja-kerja pencarian mangsa.
“Pihak Bomba yang berada di lokasi kejadian turut melakukan tinjauan dan pencarian di persisiran sungai dengan menggunakan bot milik orang awam.
“Walaubagaimanapun, maklumat pencarian mangsa akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya dalam satu kenyataan.
Seramai 9 anggota Bomba BBP Chukai hadir dengan jentera FRT dan kenderaan Unit EMRS sejurus selepas panggilan kecemasan diterima dan terus menjalankan misi pencarian.
Baca juga: