Pindaan RUU Akta Universiti dan Kolej Universiti diluluskan Dewan Rakyat

Rang Undang-Undang (RUU) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) (Pindaan) 2023 telah diluluskan di Dewan Rakyat pada Isnin yang mengangkat budaya berorganisasi di kalangan mahasiswa universiti.

Menerusi kenyataan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), pindaan RUU tersebut telah dibacakan buat kali kedua dan ketiga oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan dijangka akan dibentangkan untuk kelulusan Dewan Negara pada April depan.

Melalui RUU ini, Agenda Pemerkasaan Mahasiswa dapat dijayakan dan sekali gus sejarah dapat dilakar sekali lagi apabila AUKU dipinda untuk membela martabat mahasiswa.

Pindaan ini adalah hasil daripada beberapa siri libat urus yang dilaksana KPT dengan kepimpinan pelajar Universiti Awam (UA) yang membahas mengenai jawatankuasa tatatertib pelajar, pengurusan kewangan persatuan dan tempoh pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

Ia juga menunjukkan langkah progresif kerajaan untuk memperbaharui budaya berorganisasi dan gerakan pelajar agar sesuai dengan keupayaan mereka untuk mengurus kedewasaan dan kematangan diri.

RUU ini turut mengandungi lima fasal yang melibatkan enam peruntukan, termasuk perihal pungutan wang atau sumbangan sesebuah organisasi pelajar, tempoh lantikan MPP dan kebenaran untuk menyenggara kumpulan wang.

Baca juga: