7 sekeluarga cedera selepas dapur memasak stimbot meletup

Momen indah makan malam tujuh sekeluarga berubah tragedi apabila kesemua mereka mengalami melecur selepas gas mudah alih untuk memasak stimbot meletup di sebuah restoran di Temerloh, Pahang.

Mangsa, Noraini Abdullah, 53, berkata kejadian tersebut berlaku yang berlaku pada 9 Mac lalu pada pukul 7 petang ketika dia sedang makan malam bersama suami dan anak-anaknya di restoran berkenaan.

Mereka sekeluarga pernah mengunjungi restoran berkenaan sebelum ini dan tidak menyangka bahawa kejadian tersebut akan berlaku ke atas mereka.

Sebelum kejadian tersebut berlaku, mereka terdengar bunyi letupan gas sebelum dapur gas tersebut melambung dan kesemua mereka terkena percikan api.

Disebabkan percikan itu, Noraini dan suaminya, Ayob Harun, 59, dan empat anaknya, Fatin Nabilah, 29, Arif Fauzan, 26, Arif Fahmi, 23, Arif Fahin, 21 serta menantunya, Azrul Fazrin Asri, 28, mengalami lecuran pada bahagian muka dan lengan.

“Kami pergi ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan awal selepas kejadian tersebut dan mendapatkan rawatan susulan keesokan harinya di Klinik Kesihatan Triang sebelum diminta merujuk ke pakar di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS),” katanya lapor Sinar Harian.

Noraini turut mengatakan bahawa keadaan suami dan anak keduanya, Arif Fauzan agak teruk kerana membabitkan bahagian muka dan tangan.

Mereka sekeluarga ditempatkan di wad selama empat hari sebelum untuk pemeriksaan selanjutnya.

Susulan kejadian tersebut, pemilik restoran berkenaan membuat tindakan untuk berjumpa dan memohon maaf kepada keluarga tersebut dan Noraini turut menyatakan satu laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat