Kuala Lumpur City Football (KL City) akan memulakan Pra Musim Liga Malaysia 2024/2025 setelah mendapatkan pengesahan rasmi mengenai pelunasan tunggakan sepenuhnya sebelum akhir Mac ini.
Dalam satu kenyataan, perkara tersebut mengambil kira pemakluman kelab sebelum kepada pihak Malaysia Football League (MFL) dan pra musim hanya akan bermula selepas kepastian rasmi mengenai pelunasan tunggakan sepenuhnya.
“Pematuhi tarikh akhir yang telah ditetapkan oleh MFL dengan kepastian yang diterima seperti berkenaan, barisan pemain, jurulatih dan staf KL City membuka lembaran baru untuk turun ke gelanggang pra musim,” katanya.
Dalam pada itu, langkah akauntabiliti diambil bagi memastikan kelab bersedia menghadapi cabaran musim baharu dengan langkah kanan dan pada masa yang sama mengekalkan kestabilan, berdaya saing dan mampan dari segi kewangan.
Justeru, pengurusan kelab juga menzahirkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Penaung KL City, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Kamarulzaman Mat Salleh atas sokongan dan keprihatinan mereka.
Baca juga: