KPN optimis perkukuhkan Dasar Perpaduan Negara

Kementerian Perpaduan Negara (KPN) telah mengeluarkan Dasar Perpaduan Negara (DPN) yang berpaksikan Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan demi kesejahteraan rakyat.

Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Senator Saraswathy Kandasami berkata, DPN menetapkan tiga objektif utama iaitu mengukuhkan perpaduan dan integrasi nasional, membentuk identiti nasional serta melahirkan rakyat Malaysia yang menghargai dan mengamalkan perpaduan.

“KPN telah merangka Pelan Tindakan Perpaduan Negara (PTPN) 2021-2030 yang melibatkan peranan kementerian dan agensi kerajaan lain.

“Pelaksanaan program-program KPN dinilai melalui indeks Perpaduan Nasional (IPNas) yang telah dilaksankan dua kali pada tahun 2018 dan 2022,” katanya.

Jelas Saraswathy, Kerangka Perpaduan Malaysia MADANI menggalakkan perpaduan dalam kepelbagaian melalui pendekatan ‘whole of government’.

“Skor IPNas pada 2018 adalah 0.567 meningkat kepada 0.629 pada tahun 2022, namun aspek tadbir urus dan pembangunan dipandang sebagai faktor utama dalam meningkatkan perpaduan masyarakat ,” katanya.

Saraswathy berkata demikian bagi menjawab soalan oleh Datuk Dr. Dominic Lau yang meminta Kementerian menyatakan pendangan dalam menilai semula dasar, pendekatan dan keperluan dalam usaha memartabatkan perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Tambahnya lagi, kajian IPNas adalah dengan matlamat untuk meningkatkan skor kepada 0.7 pada tahun 2025 dan berharap agar peningkatan ini akan memperkukuhkan lagi perpaduan dalam masyarakat dan mengurangkan pertikaian antara etnik.

Baca juga: