KPKM jalankan siasatan terhadap isu pembuangan beras di Temerloh

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) ingin memberikan maklum balas kepada isu yang tular di sosial media berhubung pembuangan beras dan barang keperluan lain di satu lokasi di Temerloh, Pahang.

Untuk makluman, KPKM memandang serius akan isu tular berkenaan dan telah mengambil langkah segera dengan menjalankan siasatan melalui Kawalselia Padi dan Beras (KPB) Cawangan Temerloh ke lapangan.

Turut hadir ke lokasi adalah pihak Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp).

Terdahulu, bekas Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Seri Dr. Ismail Mohamed Said tampil memperjelaskan isu yang tular pembuangan beras di kawasan Jalan Pintasan Rumpun Makmur – Gunung Senyum, Temerloh, Pahang pada Khamis lalu.

Beliau berkata, beras dan barangan dapur tersebut merupakan stok simpanan yang sentiasa disediakan bagi memenuhi permintaan orang ramai ketika beliau menjadi Ahli Parlimen Kuala Krau.

“Saya akan mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap isu pelupusan barangan yang berlaku tersebut.

Gambar Hiasan – Kutu beras.

“Barangan dapur itu disediakan menggunakan peruntukan peribadi, sebelum tempoh Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 pada tahun 2022 dan umum mengetahui bahawa dalam tempoh berkempen, tiada sebarang pemberian barangan kepada orang awam dibenarkan,” katanya menerusi satu kenyataan.

Tambah Ismail, pembelia barangan dapur tersebut tidak melibatkan peruntukan Kerajaan Persekutuan atau peruntukan Kerajaan Negeri Pahang.

Dalam masa sama, ia juga tidak melibatkan peruntukan barangan dalam tempoh COVID-19 atau persiapan pangkalan hadapan menghadapi banjir.

Pada 5 April 2024, beliau telah menerima aduan daripada jiran yang menyatakan terdapat bau busuk di tempat stor simpanan barangan dapur tersebut.

Hasil siasatan mendapati bahawa beras-beras tersebut telah rosak dan tidak sesuai serta tidak selamat untuk dimakan.

Walaubagaimanapun, beliau menyesali tentang perkara yang berlaku dan memohon maaf ke atas semua pihak atas kekhilafan dalam memantau cara pelupusan barangan dapur berkenaan.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat