Kemenangan yang diperolehi Vietnam dalam perlawanan pertama cuba mencari peluang untuk ke slot suku akhir Piala Asia B-23 apabila bakal berdepan dengan Malaysia di Stadium Kebangsaan Khalifa pada malam Sabtu.
Vietnam berpeluang mara ke pusingan berikutnya setelah berjaya mengalahkan Kuwait dengan 3-1 dan sekiranya memastikan tiga lagi mata berdepan Malaysia dalam aksi Kumpulan D.
Sementara itu, Uzbekistan turut meraih kemenangan melawan Kuwait.
Hoang Ahn Tuan selaku Ketua Jurulatih Vietnam berkata, pasukannya telah mendapat permulaan yang positif dan berhasrat untuk memastikan kelayakan ke suku akhir diperoleh seawal mungkin.
“Saya tidak boleh membuat banyak perubahan kerana hanya berbaki 10 hari bersama pasukan.
“Tetapi saya berharap selepas setiap perlawanan, semua akan saksikan penambahbaikan mereka dan perlawanan seterusnya amat penting kerana degan keputusan yang baik, kami boleh mara ke pusingan seterusnya,” jelas Hoang.
Baca juga: