Penunggang motosikal maut terperosok bawah treler

Seorang penunggang motosikal maut selepas terperosok di bawah treler di Jalan Kuala Lipis-Jerantut di Kampung Kemahang, Kuala Lipis pada Ahad.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, mangsa seorang lelaki dewasa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu treler selamat.

Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.49 tengah hari.

“Seramai sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Lipis bersama dua jentera dikerahkan ke tempat kejadian.

“Seorang penunggang motosikal berada di bawah treler tersebut dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya.

Ujarnya, pihak bomba mengeluarkan mangsa dari bawah treler terbabit dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Baca juga: