Remaja 13 tahun mengaku salah bakar kucing hidup-hidup

Seorang remaja berusia 13 tahun mengaku bersalah atas pertuduhan membakar seekor anak kucing di Mahkamah Majistret pada Jumaat.

Sebaik pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret Nik Siti Norazlini Nik Mohamed Faiz, remaja itu membuat pengakuan bersalah.

Bagaimanapun, mahkamah menetapkan 27 Jun depan untuk tarikh sebutan semula kes bagi laporan akhlak sebelum hukuman dijatuhkan.

Mengikut pertuduhan, pesalah juvana itu didakwa bersama dua lagi lelaki yang masih bebas, secara kejamnya menyebabkan kesakitan kepada seekor kucing dengan membakar haiwan tersebut di kawasan parkir sebuah blok di Pangsapuri Taman Sri Kenari, Kajang Selangor pada jam 1.08 tengah hari 22 April lalu.

Susulan itu, tertuduh didakwa mengikut 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh didenda antara RM20,000 hingga RM100,000 atau dipenjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Afiqah Abdul Ghaffar memohon jaminan RM10,000 berikutan kesalahan itu membabitkan penganiayaan haiwan dan berkepentingan awam.

“Namun, ibu kepada pesalah juvana itu yang berusia 30 tahun merayu anak tunggalnya diberi ikat jamin pada kadar rendah kerana dia hanya bekerja di kilang.

“Setelah mendengar hujahnya, jaminan sebanyak RM1,000 dibenarkan dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 Jun ini bagi mendapatkan laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebelum menjatuhkan hukuman,” katanya.

Terdahulu, tular satu rakaman video berkaitan kejadian itu yang menunjukkan tiga lelaki sedang melepak di tapak parkir motosikal flat berkenaan.

Difahamkan, dua daripada mereka telah menyimbah menyimbah sesuatu dipercayai bahan bakar ka atas anak kucing dianggarkan berusia enam minggu sebelum salah seorang menyalakan api.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Selangor turut mengesahkan menerima laporan daripada pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Langat pada 24 April berhubung kes itu.

Baca juga: