Seorang wanita maut manakalan seorang lelaki cdera parah dalam kemalangan jalan raya yang berlaku di Jalan Junjung, Kampung Air Puteh, Kulim, Kedah pada Jumaat.
Komander Operasi Kanan, Penolong Penguasa Bomba Hamizul Azwan Hamdan berkata, kemalangan tersebut melibatkan sebuah lori yang terjatuh ke tepi tebing.
“Seramai 15 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim dan BBP Sungai Bakap terus bergegas ke lokasi kejadian.
“Setibanya kami di tempat kejadian, terdapat dua orang mangsa terlibat iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan imana keduanya dalam anggaran umur 40 tahun.
“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) bertindak menggunakan peralatan menyelamat untuk keluarkan mangsa yang tersepit,” katanya menerusi kenyataan di laman Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Beliau turut berkata, pegawai Kementerian dan Kesihatan Malaysia (KKM) yang berada di lokasi kejadian telah mengesahkan wanita tersebut sudah meninggal dunia dan diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia untuk tindakan lanjut.
“Manakala, mangsa lelaki mengalami kecederaan parah dan telah dibawa ke Hospital oleh pihak KKM bagi mendapatkan rawatan,” katanya.
Secara keseluruhannya, operasi menyelamat berjaya tamat sepenuhnya pada pukul 1.06 tengah hari.
Baca juga: