Lelaki dikhuatiri jadi mangsa ‘sang bedal’ ketika tangkap ikan di Sarawak

Seorang lelaki dikhuatiri dibaham buaya ketika menangkap ikan di tebing Sungai Semeruang, Bangkong di Sarawak pada Ahad.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 5.00 petang, Lawrence Adi Raynold, 32, bersama tiga rakannya menangkap ikan di tebing sungai.

“Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman menerima panggilan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman berhubung insiden itu pada 7.30 malam,” katanya.

Anggota bomba bersama agensi lain menjalankan misi pencarian mangsa yang dikhuatiri dibaham buaya.

Beliau berkata, pencarian mangsa dimulakan pada pukul 8.00 pagi hari Isnin kerana tidak selamat melakukan usaha mencari dan menyelamat mangsa disebabkan hari sudah gelap pada malam kejadian.

“Pelbagai agensi turut membantu dalam operasi pencarian mangsa antaranya PDRM, APM dan warga kampung,” katanya.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat