Seorang wanita warga emas rentung selepas terperangkap dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Halud Matu, di Jalan Kwan Tung, Sibu, Sarawak.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sarawak dalam satu kenyataan memaklumkan, seramai 18 anggota pasukan bomba bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.43 pagi Selasa.
“Terdapat seorang wanita berumur 72 tahun dijumpai rentung (meninggal dunia) telah dikeluarkan oleh pasukan Bomba dan diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan selanjutnya.
“Kebakaran melibatkan satu blok rumah 8 pintu kelas C, setiap pintu rumah berkeluasan 20×80 kaki telah terbakar 100 peratus,” katanya.
Menurutnya, pasukan bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral dan BBP Sungai Merah menjalankan misi menyelamat bersama jentera FRT dan EMRS.
Difahamkan, kebakaran dapat dikawal pada pukul 7.15 pagi manakala kerja-kerja overhaul sedang dijalankan.
Baca juga: