Uncategorized

Jenazah Sarjan Faridah selamat dikebumikan

Jenazah anggota Batalion Malaysia 850-11 (MALBATT 850-11) bagi misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL) di Lubnan, Allahyarham Sarjan Faridah Abd Rahman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Anwar Kampung Tengah pada 25 Mei.

Kira-kira pukul 10.20 pagi tadi, jenazah Allahyarham Faridah,39 selamat dikebumikan mengikut adat istiadat ketenteraan.

Suasana pilu menyelubungi pengebumian Allahyarham Faridah apabila empat anaknya iaitu Nurul Syifa Noor Azmi, 13;Muhammad Afnan Noor Azmi, 10; Nurul Jannah Noor Azmi, 7, dan Ainul Mardiah Noor Azmi, 4, diberikan peluang terakhir menatap wajah ibu mereka.

Solat jenazah diimamkan Timbalan Ketua Pengarah Dasar dan Pengurusan Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), Brigedier Jeneral Mohd Hamzah Adam pada pukul 9:30 pagi tadi.

Panglima Angkatan Bersama Leftenan Jeneral , Datuk Noor Mohd Akmar Mohd Dom turut serta mengiringi bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Faridah.

20 Mei lalu, Allahyarham disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung selepas memperoleh keputusan awal bedah siasat.

Baca juga :

Related Articles

Check Also
Close