Nasional

Faisal Halim dirawat di ‘lokasi rahsia’

Pemain Bola Kebangsaan, Faisal Halim yang sebelum ini dikhabarkan semakin pulih dari kecederaan melecur tahap empat akibat disimbah asid pada 5 Mei lalu, dilaporkan dirawat di lokasi rahsia bagi menjalani proses pemulihan sepenuhnya.

Memetik laporan Awani, Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar menyatakan keputusan tersebut adalah langkah berjaga-jaga atas faktor keselamatan bagi pemain Selangor FC itu dengan tidak membiarkannya berehat di rumah.

“Jadi buat masa ini, recovery (pemulihan) dibuat bukan di rumah,ia di satu tempat yang kelab telah tetapkan atas faktor keselamatannya. Jadi jika ada apa-apa sidang media kita akan maklumkan.

“Kita harus beri masa apabila Faisal sudah betul-betul bersedia untuk membuat penampilan walaupun akan memakan masa yang agak lama tapi dia harus melalui fasa-fasa pemulihannya sekarang,” ujarnya.

Dalam masa yang sama, Shahril menyatakan pasukan perubatan bersetuju untuk membenarkan Faisal keluar daripada hospital selepas tiga minggu menjalani rawatan.

Sebelum ini, Faisal dilaporkan semakin pulih dan menunjukkan perkembangan positif selepas melakukan pembedahan graf kulit dimana kulit lain diambil dan ditampal di bahagian yang cedera.

Berdasarkan pemerhatian dan rawatan doktor pakar yang bertugas, pemulihan Faisal daripada kecederaan serius itu dianggap satu keajaiban dan melangkaui jangkaan semua pihak.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close