Nasional

Tinjauan mengejut TPM ke CIQ BSI, tangani kesesakan keluar masuk Malaysia-Singapura

Tinjauan ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor Bahru dilakukan untuk menangani kesesakan keluar dan masuk antara Malaysia dan Singapura.

Tinjauan tersebut dilaksanakan oleh Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof yang meninjau beberapa lokasi di kawasan tersebut.

Beliau menyatakan bahawa hasil tinjauannya itu akan dijadikan panduan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani Kesesakan Tambak Johor yang dipengerusikan olehnya.

“Saya meninjau ruang legar yang menempatkan kedai-kedai dan stesen KTMB sebelum menyusuri laluan pejalan kaki untuk ke pintu keluar ke Singapura.

“Saya kemuadian ke bahagian autogate pasport, imigresen, sistem pengimbas kastam dan turut berjumpa dengan pengguna perkhidmatan awam di BSI dan para petugas serta melihat sendiri bahagian laluan bas,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Dalam pada itu, Fadillah turut menzahirkan ucapan terima kasih buat pihak berkuasa berkaitan yang melancarkan tinjauan mengejutnya pada pagi hari kejadian.

“Terima kasih pegawai Imigresen dan Polis yang turut membantu dan menerangkan proses perjalanan kemasukan pelancong selepas dapat menghidu kehadiran saya di CIQ berkenaan,” ujarnya.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close