Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sedang mengesan seorang remaja lelaki yang hilang ketika sedang beriadah di Bukit Broga, Semenyih, Selangor pada pukul 4.08 petang hari Isnin.
Ketua Balai Polis dan Penyelamat (BBP) Semenyih, PPgB Darul Azreen Md Desa melaporkan remaja yang berusia 16 tahun tersebut dikhuatiri sesat semasa beriadah bersama penjaganya serta dua orang remaja lain.
“Pada mulanya, mangsa dan dua orang remaja tersebut disuruh untuk turun terlebih dahulu dan penjaga mereka akan menyusul di belakang kemudian.
“Namun setibanya penjaga mereka di kaki bukit, mangsa tidak dapat dikesan manakala dua remaja lain tersebut sudah tiba terlebih dahulu,” katanya dalam kenyataan.
Difahamkan bahawa mangsa berpatah balik untuk mencari semula penjaganya namun gagal untuk berjumpa.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang diketuai oleh PBK I Shahari Shamsudin masih dijalankan oleh pasukan bomba.
Operasi tersebut melibatkan seramai enam anggota dari BBP Semenyih serta jentera FRT dan kenderaan Toyota Hilux.
Baca juga: