Nasional

3 mangsa kebakaran papan elektronik masih dalam rawatan

Tiga mangsa yang terlibat dalam kejadian papan iklan elektronik terbakar di Lebuhraya Persekutuan, Jalan Gasing Seksyen 10, Petaling Jaya, Selangor di Pusat Peruabatan Universiti Malaya (PPUM) pada Jumaat.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintenden M. Hussin Sollehuddin Zolkifly memaklumkan enam lagi mangsa yang berumur antara 24 hingga 40 tahun itu sudah dibenarkan pulang dan menerima rawatan sebagai pesakit luar.

Bercakap mengenai insiden tersebut, Hussin menyatakan bahawa siasatan awal mendapati terdapat sembilan orang pekerja warga asing sedang menjalankan kerja penyelenggaraan keatas papan elektronik terbabit yang kemudiannya terbakar.

“Selain papan elektronik tersebut, sebuah motosikal milik pekerja berkenaan turut terbakar.

“Pihak bomba turut menggerakkan empat buah jenteranya untuk mengawal kebakaran dan pihak mereka memaklumkan bahawa punca kejadian masih lagi dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, pihak polis turut menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai insiden ini untuk menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-79662222.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close