Jaga kepentingan tradisi ilmu dan akliah untuk dihadami agar diamal dan dihayati-PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke Seminar Penghayatan Riyadhu as-Salihin di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada Sabtu.

Majlis ilmu tersebut dimurnikan dengan sesi interaksi bersama mantan Mufti Agung Negara Mesir, Al-Imam al-Allamah Profesor Dr. Ali Jum’ah Muhammad al-azhari, dan Timbalan Pengerusi Majlis Tabligh Muhammadiyah yang juga seorang ulama muda Indonesia, Ustaz Dr. Adi Hidayat.

Anwar dalam kenyataan di Facebook memaklumkan, beliau menyeru agar rakyat sentiasa menjaga kepentingan tradisi ilmu dan akliah untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

“Saya singgung kesedaran bahawa marcapada bergerak semakin pantas melalui penerokaan meneroka dan penemuan baru.

“Kita perlu menjaga tradisi ilmu dan akliah untuk dihadami agar diamal dan dihayati,” katanya.

Beliau turut meluncurkan buku terjemahan Ihya Ulumuddin, karya Imam al-Ghazali dan manuskrip 40 Hadith Imam Nawawi : Sebuah Huraian untuk Dunia Semasa karya Prof Dr Ali Jum’ah dan yang diterbitkan oleh Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE).

Anwar turut menggesa generasi muda yang bakal memimpin negara untuk digasak dengan kebhinekaan ilmu di dada, termasuk berkaitan agama agar dapat mendidik serta membentuk masyarakat lebih berilmu di masa hadapan.

Perdana Menteri turut mengambil kesempatan dengan memberikan penghargaan kepada Syeikh Ali Jum’ah dan Ustaz Dr Adi Hidayat atas doa dan mutiara ilmu yang dikongsikan dalam majlis terserbut.

Tambahnya, semoga kehadiran para alim ulama dapat dimanfaatkan demi kelangsungan pemerkasaan kefahaman agama.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat