Kejadian kemalangan telah berlaku dipercayai melibatkan seorang wanita wanita dan tiga lagi mangsa mengalami kecederaan parah di Jalan Tanah Merah, Pasir Mas, Kelantan pada Sabtu.
Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan Kamalhakim Abdul Rahman, kemalangan jalan raya itu berlaku melibatkan tiga buah kereta jenis Honda HRV, Honda City dan Perodua Bezza.
”Dalam kejadian itu, seorang wanita yang menaiki kereta Honda City didapati telah meninggal dunia, manakala, tiga lagi mangsa yang menaiki kereta Perodua Bezza mengalami kecederaan parah iaitu seorang wanita, seorang lelaki dan bayi.
“Selain itu, empat lagi mangsa yang menaiki Honda HRV mengalami kecederaan ringan,” katanya dalam satu kenyataan.
Susulan itu, kesemua mangsa yang cedera parah dan cedera ringan telah dihantar ke hospital Tanah Merah dengan menaiki ambulan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Manakala, mangsa yang meninggal dunia telah diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Difahamkan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.53 malam, terus bergegas ke lokasi kejadian.
Seramai lapan anggota bomba daripada Balai Bomba Penyelamat (BBP) Tanah Merah telah digerakkan ke lokasi kejadian bersama jentera FRT sebaik panggilan diterima.
Walaubagaimanapun, operasi berjaya ditamatkan sepenuhnya pada pukul 10:13 malam.
Baca juga: