Pemandu Myvi tersepit dalam nahas melibatkan 3 buah kereta

Seorang lelaki tersepit dalam nahas melibatkan dua buah kereta Perodua Myvi dengan BMW dan Toyota Hilux milik polis PLUS pada Khamis.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perak, kemalangan di Kilometer 387 Lebuhraya Utara Selatan berlaku kira-kira pukul 8.47 malam.

Pegawai Bomba Kanan II, Saiful Amar berkata, seramai 10 anggota digerakkan ke lokasi kejadian bersama jentera FRT dan Unit EMRS sejurus menerima panggilan.

“Kemalangan tersebut melibatkan dua buah kereta Perodua Myvi dan BMW dimana kenderaan melanggar sebuah kereta Toyota Hilux milik polis pasukan PLUS.

“Terdapat seorang lelaki iaitu pemandu kereta Perodua Myvi telah tersepit dan mengalami kecederaan,” katanya.

Jelas Saiful, anggota bomba bertindak menggunakan konsep ‘saver’ dan peralatan ‘hydraulic‘ bagi operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Mangsa yang tersepit diserahkan kepada KKM untuk rawatan lanjut manakala pasangan suami isteri dari kenderaan BMX tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.

Operasi dikatakan tamat sepenuhnya pada pukul 9.26 malam.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat