MahkamahNasional

Ibu Zayn Rayyan selesai lakon semula di tempat kejadian

Ibu kepada arwah Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, telah dibawa oleh pihak polis ke kediaman mereka hari ini di Damansara Damai, Petaling Jaya bagi tujuan melakonkan semula kejadian yang berlaku pada 5 Disember lalu.

Difahamkan, suspek tiba di lokasi kira-kira pukul 10.15 pagi dengan menaiki van putih menuju ke blok R di kediaman terbabit.

Dalam pada itu, suspek diiringi dan dikawal ketat oleh pihak polis pada pukul 11.06 pagi menuju ke tempat kejadian yang dipercayai lokasi mayat anak austitik itu ditemui pada 6 Disember tahun lalu.

“Difahamkan, lokasi tersebut di sekitar saliran sungai yang terletak kira-kira 200 meter dari blok kediaman yang dihuni keluarga berkenaan.

“Suspek dimaklumkan telah selesai membuat lakonan semula pada pukul 12.20 tengah hari tadi dan beredar dari tempat kejadian menaiki van putih yang sama,” memetik laporan Kosmo Online.

Sebelum ini, dipercayai terdapat percanggahan keterangan daripada saksi dan ibu bapa Zayn Rayyan berkaitan pembunuhan kanak-kanak autistik itu.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, pihaknya dilaporkan masih menjalankan pelbagai usaha bagi mendapatkan maklumat dan melengkapkan kertas siasatan.

Terdahulu, Mahkamah Majistret Petaling Jaya membenarkan permohonan sambung reman terhadap ibu bapa Zayn Rayyan itu sehingga 12 Jun, Rabu ini bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak itu.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close