Negeri

Lelaki ditemui lemas di Bukit Kayu Hitam

Seorang lelaki meninggal dunia dipercayai lemas selepas terjatuh di Kampung Pering, Kodiang, Bukit Kayu Hitam, Kedah pada Ahad.

Komander Operasi, PBK II Mahmud Jani berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 4.39 petang.

“Mangsa dipercayai telah lemas di sungai berkenaan dan mendapati sebuah motosikal dan kasut yang berada di tepi sungai milik mangsa.

“Tindakan operasi telah dijalankan iaitu kerja-kerja ‘surface searching’ di tepi sungai dan mangsa berjaya ditemui pada pukul 7.52 petang,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, mangsa ditemui kira-kira pada jarak 2 kilometer di tepi sungai dari tempat mula dikesan jatuh.

Tambahnya, mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya.

Difahamkan, seramai sembilan orang anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Kayu Hitam digegaskan ke lokasi kejadian bersama jentera FRT dan EMRS.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close