Pasangan regu negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun cipta sejarah meskipun tewas di tangan pasangan pilihan kedua kejohanan dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang dalam aksi pusingan Akhir Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia 2024 pada Ahad.
Pertembungan yang berlangsung di Istora Gelora Bung Karno itu menyaksikan pasangan muda negara berjaya mencuri mata pertama perlawanan setelah menang 19-21.
Set kedua, pasangan negara pada mulanya mendahului permainan sebelum gandingan Juara Asia itu mengejar untuk menyamakan kedudukan sekaligus memintas 16-21 untuk membawa permainan ke set penentuan.
Ketika di set penentuan, gandingan negara yang berada di tangga ke-20 dunia itu kelihatan kehilangan fokus setelah ditinggalkan jauh oleh pihak lawan yang membolehkan Wei Keng-Wang Chang, mengintai ruang yang ada sebelum menoktahkan kemenangan dengan 21-12 selepas berjuang selama 55 minit.
Meskipun tewas, ranking pasangan negara dilaporkan akan melonjak lima tangga dan akan menduduki tangga ke-15 dunia pada minggu hadapan.
Dengan keputusan itu, Man Wei Chong- Tee Kai Wun bakal menjadi pasangan ketiga negara yang berada di dalam senarai 15 pasangan regu lelaki terbaik dunia.
Baca juga :