Panglima FC ditawarkan ke Divisyen 1 – Mohd Nazimuddin Mohamad

Presiden Kelab Bolasepak Panglima FC, Mohd Nazimuddin Mohamad menyatakan Panglima FC telah dinaikkan ke Divisyen 1 secara merit selepas terdapat beberapa pasukan tidak dapat beraksi atas sebab-sebab tertentu.

Beliau berkata, pasukan tersebut mengakui cabaran getir bakal menanti mereka kerana baki pasukan Divisyen 1 sangat sukar ditolak apatah lagi Divisyen 1 itu dibawah AFL A3 Community League.

“Dengan berbekalkan gabungan pemain-pemain muda dan lama dari sekitar dun Merlimau, harapan kelab adalah untuk memberi saingan tanpa gentar.

“Tambahan pula, lawan dari Divisyen 1 yang berpengalaman serta untuk terus kekal berada seberapa lama di ranking tersebut dan terus kekal relevan di dalam saingan Liga Melaka,” katanya dalam satu kenyataan.

Walaubagaianapun, Nazimuddin berharap bahawa pasukannya berjaya mengharungi saingan dan kekal sebagai status relevan dalam liga bolasepak Melaka.

Baca juga: