Nasional

KPDN kemuka syor penambahbaikan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi

Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengesyorkan penambahbaikan dalam Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) susulan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel bermula Isnin lalu.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali mengemukakan dua syor menerusi rayuan yang diterima oleh kementeriannya untuk menambah baik sistem tersebut.

“Syor yang pertama ialah kerajaan perlu mempertimbangkan beberapa tambahan jenis kenderaan pengangkutan barangan dalam senarai layak menikmati subsidi diesel dibawah SKDS 2.0.

“Seterusnya, syor yang kedua ialah meningkatkan kuota asas sedia ada dibawah SKDS 2.0 bagi jenis kenderaan pengangkutan awam seperti bas sekolah dan bas ekspres,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Dalam pada itu, KPDN turut sedang meneliti semua asas permohonan dan rayuan tersebut akan diangkat segera untuk pertimbangan Jawatankuasa Kelulusan Subsidi Diesel.

Jawatankuasa tersebut dianggotai oleh KPDN, Kementerian Kewangan, Kementerian Pengangkutan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Armizan turut menyatakan bahawa Jawatankuasa Rayuan akan mengemukakan syor bagi semua rayuan berkenaan untuk pertimbangan dan keputusan jemaah menteri.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close