Global

Kunjungan hormat Malaysia ke Republik Tajikistan, perkukuh hubungan dua hala

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara, Datuk Nur Jazlan Tan Sri Mohamed mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Republik Tajikistan, Emomali Rahmon di Palace of Nation di Dushanbe, Republik Tajikistan baru-baru ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Bahagian Komunikasi Korporat, Emomali Rahmon telah merakamkan penghargaan beliau terhadap Jazlan yang telah hadir ke Tajikistan bagi menghadiri Third High-Level International Conference On International Decade For Action “Water For Sustainable Development” 2018-2028.

“Pertemuan tersebut melibatkan perbincangan kedua-dua pihak yang menyentuh pelbagai aspek dalam hubungan dua hala seperti pengukuhan hubungan perdagangan, ekonomi, pendidikan, kebudayaan dan pelancongan antara kedua-dua buah negara.

“Terkait soal kerjasama di dalam sektor perniagaan, Emomali juga secara peribadi telah meluahkan rasa kagum dengan pembangunan pesat ekonomi negara,” katanya.

Dalam pada itu, Emomali telah menjemput Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Sultan Ibrahim dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengadakan lawatan rasmi ke Republik Tajikistan.

Kini, Jazlan dalam rangka Lawatan Kerja ke Asia Tengah yang melibatkan lawatan ke Republik Uzbekistan, Republik Tajikistan dan Republik Kazakhstan bermula pada 6 hingga 16 Jun 2024.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close