Negeri

Remaja lelaki hilang masih belum ditemui

Seorang remaja lelaki dilaporkan hilang selama empat hari di Perumahan Rakyat Rembau, Chembong, Negeri Sembilan, pada Rabu.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan melaporkan, sehingga kini mangsa masih belum ditemui.

Pihak bomba difahamkan menerima panggilan kecemasan daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkenaan insiden terbabit kira-kira pada pukul 10.39 malam.

Menurut Komander Operasi Kanan, Penolong Penguasa Bomba, Mohd Zulfadhli Osman menyatakan maklumat awal diterima daripada bapa mangsa yang memaklumkan anaknya sudah hilang selama empat hari yang lalu sebelum beliau bertindak untuk membuat laporan di balai polis berhampiran.

“Mangsa merupakan seorang remaja lelaki yang berusia 13 tahun dipercayai telah hilang di kawasan sekolah sekitar SMK Dato Sedia Raja, Chembong, Rembau.

“Pasukan Bomba bekerjasama dengan pihak Polis bagi menjalankan pencarian di kawasan yang dilaporkan dalam radius lebih kurang 2 kilometer.

“Hasil perbincangan bersama pihak polis, operasi pencarian telah ditangguhkan pada pukul 3 pagi, Khamis dan akan disambung semula pada pukul 10.00 pagi nanti,” jelasnya menerusi satu kenyataan Facebook.

Setelah menerima laporan, seramai lapan orang anggota pasukan Bomba dari BBP Rembau telah digegaskan ke lokasi kejadian bersama jentera FRT dan kenderaan RRV bagi membantu pihak PDRM dalam operasi pencarian mangsa hilang tersebut.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close