Sukan

‘Saya mahu berhenti bola jika itu jamin keselamatan keluarga saya’ – Faisal Halim

Pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim menyatakan hasrat ingin berhenti bermain bola sekiranya itu dapat menjamin keselamatan keluarganya, katanya ketika menghadiri sesi sidang media di pusat latihan Selangor FC, bertempat di Padang SUK Shah Alam, pada Khamis.

Menurut Faisal, beliau ada berbincang bersama Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar mengenai perkara tersebut, namun beliau dijanjikan keselamatan keluarga akan dikawal dan dijaga rapi.

“Ketika saya berada di dalam proses pemulihan, keluarga dan isteri saya harus memimpin saya untuk pergi ke mana-mana. Mereka sering bergilir-gilir datang ke Hospital demi menjaga saya.

“Mereka merupakan sumber kekuatan saya, disebabkan semangat mereka saya mampu berdiri kuat seperti ini.

“Tipu la jika saya cakap saya tidak merasa sedih melihat rakan-rakan saya yang bermain untuk pasukan Selangor dan Pasukan negara baru-baru ini, namun saya sendiri tidak tahu jika saya mampu atau tidak untuk kembali semula ke padang untuk bermain,” ujarnya.

Pemain pasukan selangor itu turut menggesa orang ramai untuk berhenti melakukan pelbagai spekulasi dan serahkan kepada pihak berkuasa bagi melakukan siasatan lanjut. Dalam masa yang sama pemain berusia 26 tahun itu turut mengharapkan bahawa pelaku akan didakwa secepat mungkin.

Terdahulu, Faisal halim turut hadir dalam sesi sidang media bagi perkembangan dan kemunculan pertamanya selepas disimbah asid dan mengalami kecederaan lecur tahap empat dari insiden terbabit pada 5 Mei lalu dan dirawat di tempat ‘rahsia’ selama ini.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close