Nasional

Hadis tidak sahih, Don Daniyyal dituduh ulangi silap lalu?

Penceramah bebas, Ustaz Don Daniyal Don Bijayid sekali lagi mencetuskan polemik antara ahli agamawan apabila mengeluarkan satu hadis yang diragui kesahihanya menerusi program Salam Baitullah, pada Khamis.

Pendakwah Islam Negara, Professor Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin mengeluarkan kenyataan susulan isu terbabit dengan menyatakan Radio Televisyen Malaysia (RTM) merupakan saluran rasmi kerajaan yang isi kandungan dan ilmu yang disampaikan harus dipantau.

“Maklumat yang tidak berasas, atau karut dan tersasar dari sumber ilmu yang boleh dipegang sebagai benar terutama yang berkaitan dengan agama hendaklah tidak disalurkan melalui media bertanggungjawab seperti RTM.

“Untuk itu, pengurusan penyiaran RTM hendaklah berada di bawah kepimpinan yang mementingkan soal kualiti pengisian. Saya memohon kepada pihak Kementerian Komunikasi melihat semula aspek ini dalam pengurusan media rasmi Kerajaan Madani yang ada,” ujarnya menerusi satu kenyataan Facebook.

Terdahulu, tular satu video di laman X yang mempamerkan Don mengeluarkan kenyataan yang mengatakan pahala memandang wajah guru adalah lebih baik daripada bersedekah sebanyak 1000 ekor kuda di jalan Allah.

Kenyataan tersebut menerima perhatian ramai pihak yang mempersoalkan kesahihan kenyataan tersebut yang dianggap tidak betul.

Pada 5 Jun lalu, Ustaz Don direhatkan buat sementara daripada bersiaran dalam program Salam Baitullah selepas Radio Televisyen Malaysia (RTM) memaklumkan penceramah selebriti itu direhatkan atas dasar pertikaian yang timbul di media sosial berkaitan kisah hidup Nabi Muhammad SAW hingga mengundang pelbagai kritikan daripada beberapa pihak.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close