Sukan

Lee Zii Jia dalam prestasi terbaik menjelang Olimpik Paris, berjaya mara ke separuh akhir Terbuka Australia

Pemain perseorangan professional negara, Lee Zii Jia dalam persiapan rapi menjelang Olimpik Paris 2024 selepas menewaskan pemain dari Japan, Kento Nishimoto untuk mara ke Separuh Akhir Terbuka Australia 2024, pada Jumaat.

Set pertama yang berlangsung di Pusat Sukan Negeri, Sydney itu menyaksikan Zii Jia memberikan tentangan hebat pada awal permainan sebelum Kento mengejar rapat dan mengikat kedudukan 16-16 sebelum meninggalkan pemain berusia 26 tahun itu untuk menoktahkan kemenangan dalam tempoh 23 minit.

Bersambung set kedua, Zii Jia kembali mendapat rentak permainan sekaligus berjaya membawa perlawanan ke set penentuan apabila menundukkan pilihan kelapan kejohanan itu 12-21.

Kemaraan diteruskan, pemain kelahiran Alor Setar, Kedah itu tidak memberikan muka dan terus pamerkan aksi agresif sebelum mematikan bulu tangkis 12-21 selepas berhempas pulas selama 1 jam 7 minit di atas gelanggang.

Zii Jia dijadualkan bertemu lawan dari Chinese Taipei, Chia Hao Lee yang berjaya menundukkan rakan senegara, Chou Tien Chen dalam aksi straight set.

Manakala satu lagi wakil regu berganda negara, Choong Hon Jian-Muhammad Haikal yang turun di gelanggang sebelah, turut mara ke Separuh Akhir setelah menang dalam pertembungan berdepan pasangan dari Australia, Rizky Hidayat-Frengky Wijaya Putra dalam aksi rubber set 16-21, 21-18, 12-21.

Turut berdepan nasib sama, aksi sebelah pagi menyaksikan pasangan professional negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing menang menentang rakan senegara 15-21, 21-23 selepas berjuang selama 40 minit.

Pemain pilihan ke-5 kejohanan itu dijadualkan bertemu pasangan pilihan pertama kejohanan dari China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin bagi aksi separuh akhir, pada Sabtu.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close