Negeri

Lelaki maut, motor bergesel dengan treler di Ipoh

Seorang lelaki warga tempatan meninggal dunia selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah treler di Jalan Lahat, Ipoh, Perak pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner, Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan sekitar pukul 1.20 petang.

Menurutnya, insiden kemalangan itu berlaku kira-kira pukul 11.29 pagi apabila dilihat pemandu treler dipercayai lelaki warga tempatan berumur 33 tahun dalam perjalanan dari kilan Soon Hin Hardware menghala ke Simpang Pulai telah bergesel dengan motosikal yang ditunggang mangsa.

“Akibat dari perlanggaran itu, mangsa bersama motosikal telah terjatuh di atas jalan raya dan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

“Mangsa telah dibawa ke hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk menerima rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, kes disiasat dibawah Seksyen 44(1) (a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Memandu Dibawah Pengaruh Dadah Hingga Menyebabkan Kematian) oleh pegawai penyiasat trafik IPD Ipoh.

Justeru, pihak polis menyeru saksi yang menyaksikan kemalangan ini supaya menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Muhammad Syafiq Fauze, Pegawai Penyiasat Trafik, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Ipoh di talian 013-6713177 atau tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close