Seorang remaja maut dipercayai berpunca daripada pertengkaran sebelum jatuh dari tingkat tinggi, Apartment Plaza Indah P6, Kajang, Selangor pada 8 Jun 2024.
Perkara itu dimaklumkan Keylaazwan menerusi satu hantaran yang tular di laman X yang mendedahkan kematian Khairul Nazrin,24, itu sebagai satu insiden yang mencurigakan.
“Punca jatuh itu sangat mencurigakan, ada saksi yang yang mendengar bunyi pergaduhan sebelum kejadian jatuh bangunan itu berlaku.
“Saya mendapati Arwah dan isterinya sedang dalam panggilan telefon semasa waktu kejadian.Menurut isterinya, sewaktu berhubung dengan suaminya beliau mendapati terdengar pergaduhan dalam bahasa Tamil sebelum arwah secara tiba-tiba senyap dan tidak menjawab panggilannya.

“Isterinya dipercayai terus bergegas ke Apartment terbabit dan mendapati orang ramai sedang berkerumun di parkir bawah dan dari situ beliau mendapati arwah jatuh dari tingkat tinggi dan meninggal dunia di tempat kejadian,” ujarnya.
Keyla turut menggesa pihak awam memberikan bantuan dengan menghubunginya jika mempunyai sebarang bukti seperti Kamera Litar Tertutup , Kamera Papan Pemuka (Dashcam) dan sebagainya berkenaan insiden terbabit.
Ketika ini, dipercayai pihak polis masih melakukan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kematian Khairul.
Baca juga: