Negeri

Warga emas maut dirempuh kereta di Ipoh

Seorang lelaki warga tempatan berusia 82 tahun meninggal dunia selepas motosikalnya dilanggar sebuah kereta di Jalan Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, kemalangan itu berlaku kira-kira pukul 9.10 pagi.

“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal melalui Jalan Sultan Azlan Shah sedang membelok kanan masuk ke jalan besar Bercham sebelum bertembung dengan sebuah kereta yang dipandu oleh seorang warga tempatan berumur 35 tahun yang datang dari arah bertentangan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kereta berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mangsa telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh Perak untuk proses bedah siasat,” katanya.

Jelasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan).

Justeru, polis meminta saksi yang menyaksikan kemalangan ini supaya menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Jong Pit Chiao, atau hubungi di talian 016-8849163 atau tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close