Seorang maut dalam kemalangan di Johor

Seorang maut dalam nahas dua kenderaan yang berlaku di hadapan Legoland, Lebuh Persisiran Pantai Johor Bahru-Nusajaya,Johor pada malam Selasa.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Johor memaklumkan menerima panggilan kecemasan kira-kira pada pukul 10.30 malam yang melibatkan 2 buah kenderaan Volkswagen Passat dan sebuah Toyota Innova.

Menurut Komander Operasi,Pegawai Bomba Kanan II Hairulnizam Mohd Noh , pemandu kenderaan berjenis Toyota Innova itu merupakan seorang lelaki dewasa yang telah disahkan meninggal dunia ditempat kejadian.

“Manakala, 7 orang lagi penumpang di dalam kenderaan tersebut serta pemandu kereta Volkswagen Passat iaitu seorang lelaki dewasa turut mengalami kecederaan.

“Seramai 9 orang anggota Bomba dari BBP Iskandar Puteri bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan tersebut,” ujarnya menerusi satu kenyataan di Facebook.

“Mangsa yang mengalami kecederaan tersebut dihantar ke hospital oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia dengan menggunakan ambulans sebelum pasukan Bomba tiba.

Operasi dilaporkan tamat pada pukul 12.33 pagi setelah memastikan persekitaran tempat terbabit dalam keadaan yang selamat.


Baca juga:

Anda Mungkin Berminat